5. Menyimpan perlu ada matlamat
bila ada matlamat simpanan yang jelas, secara tak langsung kita akan mula menyimpan duit secara serius. lain pula cerita kalau setakat simpan duit dalam bank tanpa sebarang matlamat. potensi untuk duit tu nak cepat lesap amatlah tinggi. tapi tak apa, kita boleh atasi masalah ni dengan ilmu yang betul. okay, benda yang pertama adalah kita kena tahu apa tujuan utama kita nak simpan duit. adakah untuk bayar duit buku ? atau nak tanggung perbelanjaan untuk makan kat kolej tu ? atau nak beli segala barang-barang nak belajar macam pen, test pad buku nota dll ? atau nak belanja awek ? 😏 bila kita dah ada jawapan untuk semua soalan tu, teruskan dengan mengenal pasti berapa banyak jumlah simpanan yang kita nak capai. contoh kalau nak bayar duit buku yang harganya rm30. so matlamat simpanan kita adalah rm30. bila dah tahu tujuan utama kita tu, bolehlahmula merangka garis waktu atau timeline untuk capai matlamat kita tu. ada sesetengah timeline yang hanya makan jangka waktu yang pendek. ...