2. Mula belajar hidup secara ringkas



Ok korang, tips yang kedua ni sangat-sangat la penting untuk pelajar terutama sekali pelajar yang kurang pendapatannya tiap bulan atau senang cakap yang tak ada duit nau ๐Ÿ˜… bukan lah saya nak cakap miskin ea. Jangan salah faham. Tapi memang kalau kita sebut pelajar je mesti tak ada duit la tak cukup duit la apa la. Semua masalah tu mesti pasal duit je. Jarang lah masalah pelajar bukan pasal duit.

Bila kita tengok balik pelajar ni mesti makanan dia biasanya maggi kan. Sebab apa ? Sebab maggi tu murah dan sedap. ๐Ÿ˜‹ Pastu kalau lapar tengah-tengah malam tu telan la maggi sambil study. Haa sama kan macam korang? Itulah kisah seorang pelajar. Tapi kita akan  pandang kisah ni sebagai satu kejayaan selepas ni. Sebab kita akan mula mengubah nasib kewangan kita dari awal. Tak payah terikut-ikut kawan yang berbelanja macam anak raja tu. Nasib kewangan kita adalah 100% tanggungjawab kita sendiri.

Dan siapa cakap kita tak banyak belajar walaupun hidup tak mewah masa kat kolej ? Rasanya banyak lagi kita boleh belajar dengan situasi ini berbanding bermewah-mewah. Takut nanti susah tak reti nak buat apa-apa.

Bukan tak boleh nak bersuka ria berjimba bagai tu. Tapi berpada-pada lah. Kalau dah rasa duit tu tak cukup dan tak mampu nak bawak korang pergi berjimba tu, lebih baik tak payah lah. Tahan nafsu tu. Jangan  kawan ajak pujuk sikit terus ikut. Terus terpedaya dengan kawan tu. Kadang-kadang kawan ni pon syaiton๐Ÿ˜ˆ jugak nak suruh kita perhabiskan duit๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Saje je ajak kita walaupun dah berkali-kali kita cakap tak nak. Saya nasihat ni sebab saya pernah kena. Hahah. So, saya jadikan benda tu sebagai pengajaran lah. Nak menyesal pon dah tak guna kan.

Jadi, point saya kat sini adalah kena berjimat-cermat dan jangan membazir sebab berjimat-cermat kan amalan mulia dan membazir tu amalan syaiton. So pilihlah nak jadi yang mulia atau nak jadi syaiton ๐Ÿ˜‚. Hehe

Ok baii adios๐Ÿ‘‹


Comments

Popular posts from this blog

5. Menyimpan perlu ada matlamat

3. Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin.