Posts

Showing posts from September, 2019

5. Menyimpan perlu ada matlamat

bila ada matlamat simpanan yang jelas, secara tak langsung kita akan mula menyimpan duit secara serius. lain pula cerita kalau setakat simpan duit dalam bank tanpa sebarang matlamat. potensi untuk duit tu nak cepat lesap amatlah tinggi. tapi tak apa, kita boleh atasi masalah ni dengan ilmu yang betul. okay, benda yang pertama adalah kita kena tahu apa tujuan utama kita nak simpan duit. adakah untuk bayar duit buku ? atau nak tanggung perbelanjaan untuk makan kat kolej tu ? atau nak beli segala barang-barang nak belajar macam pen, test pad buku nota dll ? atau nak belanja awek ? 😏 bila kita dah ada jawapan untuk semua soalan tu, teruskan dengan mengenal pasti berapa banyak jumlah simpanan yang kita nak capai. contoh kalau nak bayar duit buku yang harganya rm30. so matlamat simpanan kita adalah rm30. bila dah tahu tujuan utama kita tu, bolehlahmula merangka garis waktu atau timeline untuk capai matlamat kita tu. ada sesetengah timeline yang hanya makan jangka waktu yang pendek. ...

4. Turutkan keperluan, bukan kemahuan.

Keperluan vs kemahuan. Ada benda korang perlukan, dan ada benda pulak korang nak tapi kalau tak ada benda tu pon tak apa. Dan tak bermakna korang tak perlukan benda tu, korang tak boleh beli langsung. Macam mana nak bezakan 2 benda ni ? Keperluan adalah perbelanjaan yang korang wajib ada untuk teruskan kehidupan setiap hari. Boleh kata juga, ini adalah perbelanjaan berulang. Contoh perbelanjaan dalam kategori keperluan ialah rumah, pakaian dan makanan. Kemahuan pulak, adalah perbelanjaan yang membantu menjadikan hidup korang lebih selesa dan sempurna. Iaitu benda-benda yang korang beli untuk puaskan hati. Korang boleh hidup macam biasa kalau benda tu tak ada tapi korang boleh nikmati hidup yang lebih baik kalau ada benda tu. Contohnya macam kereta mewah, jam tangan, hiburan dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar ni, kita mesti dan kita kena pandai untuk membezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kemahuan. Jadinya, macam mana nak tahu benda tu adalah keperluan at...

3. Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin.

Apa lagi kelebihan terbaik yang seorang pelajar boleh gunakan ? Dah tentu pelbagai diskaun dan tawaran khas untuk pelajar universiti. Bila kita belajar ni, dekat tempat belajar kita boleh bagi banyak manfaat dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan jugak. Kalau kita sakit, demam ke apa ke, kita tak payah lah susah-susah nak pergi klinik luar tu. Pergi je klinik kolej ni hah. Tak payah bayar pon kan. Tapi kalau sakit tu tak boleh nak dirawat  dekat klinik kolej baru lah pergi klinik swasta atau pergi hospital terus. Kalau korang tiba-tiba sakit kat asrama, panggil je exco kebajikan kat asrama korang tu. Nanti dia bagitau la felo atau penyelia untuk panggil van amik korang kat asrama dan bawak korang pergi klinik luar. Haa tu pon tak payah bayar kann. Selain daripada klinik kat kolej ni, korang juga boleh gunakan elaun buku macam baucer buku 1Malaysia atau BB1M. Tapi sekarang ni tak guna dah baucer buku tu. Sekarang ni guna kad siswa je. Jadi tolonglah gunakan duit tu sebaik ...

2. Mula belajar hidup secara ringkas

Ok korang, tips yang kedua ni sangat-sangat la penting untuk pelajar terutama sekali pelajar yang kurang pendapatannya tiap bulan atau senang cakap yang tak ada duit nau 😅 bukan lah saya nak cakap miskin ea. Jangan salah faham. Tapi memang kalau kita sebut pelajar je mesti tak ada duit la tak cukup duit la apa la. Semua masalah tu mesti pasal duit je. Jarang lah masalah pelajar bukan pasal duit. Bila kita tengok balik pelajar ni mesti makanan dia biasanya maggi kan. Sebab apa ? Sebab maggi tu murah dan sedap. 😋 Pastu kalau lapar tengah-tengah malam tu telan la maggi sambil study. Haa sama kan macam korang? Itulah kisah seorang pelajar. Tapi kita akan  pandang kisah ni sebagai satu kejayaan selepas ni. Sebab kita akan mula mengubah nasib kewangan kita dari awal. Tak payah terikut-ikut kawan yang berbelanja macam anak raja tu. Nasib kewangan kita adalah 100% tanggungjawab kita sendiri. Dan siapa cakap kita tak banyak belajar walaupun hidup tak mewah masa kat kolej ? Ra...