5. Menyimpan perlu ada matlamat

bila ada matlamat simpanan yang jelas, secara tak langsung kita akan mula menyimpan duit secara serius. lain pula cerita kalau setakat simpan duit dalam bank tanpa sebarang matlamat. potensi untuk duit tu nak cepat lesap amatlah tinggi. tapi tak apa, kita boleh atasi masalah ni dengan ilmu yang betul.

okay, benda yang pertama adalah kita kena tahu apa tujuan utama kita nak simpan duit. adakah untuk bayar duit buku ? atau nak tanggung perbelanjaan untuk makan kat kolej tu ? atau nak beli segala barang-barang nak belajar macam pen, test pad buku nota dll ? atau nak belanja awek ? 😏

bila kita dah ada jawapan untuk semua soalan tu, teruskan dengan mengenal pasti berapa banyak jumlah simpanan yang kita nak capai. contoh kalau nak bayar duit buku yang harganya rm30. so matlamat simpanan kita adalah rm30.

bila dah tahu tujuan utama kita tu, bolehlahmula merangka garis waktu atau timeline untuk capai matlamat kita tu.

ada sesetengah timeline yang hanya makan jangka waktu yang pendek. conohnya nak bayar duit buku yang harga rm30 tu. lepastu tempoh untuk bayar duit tu selama dua minggu. jadi dalam masa dua minggu tu kita kenalah usaha untuk menyimpan. 

okay next adalah kita kena tahu berapa banyak nak simpan setiap bulan. dalam usaha nak mencapai matlamat simpanan yang kita dah tetapkan, kita juga perlu tentukan berapa banyak yang kita perlu simpan setiap bulan. so maksudnya kita kena tengok jugak berapa banyak kita dapat duit tiap-tiap bulan. 

dengan simpanan, kita akan rasa lebih selamat dan selesa untuk berbelanja. tak ada lah nanti rasa takut-takut je kan nak keluarkan duit untuk belanja keperluan yang ada. 

ok setakat itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini.

selamat menyimpan dengan selamat ya. babaiii👋👋👋   

Comments

Popular posts from this blog

3. Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin.

2. Mula belajar hidup secara ringkas