1. Belajar tentang sistem kewangan.



Assalamualaikum wbt.

Yang pertama sekali saya nak ucap ribuan terima kasih kepada sesiapa yang visit page saya ni 😘 saya nak share kat korang semua terutamanya pelajar. Tak kesahlah korang ni pelajar ipta ke ipts ke ape ke. Kalau korang rasa selalu sangat rasa duit asyik tak cukup je. Baik korang ikut tips yang saya nak bagi ni.

1. Belajar tentang sistem kewangan yang mudah nak guna.

Ok, tips yang pertama ni agak mudah la kalau korang nak ikut. Tapi terpulanglah nak ikut ke tidak 🀭

Kalau nak ikutkan, banyak je maklumat yang kita boleh gunakan dengan bantuan Google ni. Dan dalam banyak-banyak tu saya sarankan pelajar guna sampul surat.

Dengan sistem ni, kita boleh setkan bajet perbelanjaan kita untuk setiap hari, minggu atau bulan. Itu ikut suka hati korang lah nak setkan bajet ikut hari ke minggu ke apa. Sistem ni cuma perlukan sampul surat dengan marker pen je. Tp nak pakai pen biasa pon boleh. Suka hati.

Katakan kita dah tetapkan bajet untuk duit minyak kenderaan sebanyak rm30. Rm30 tu duit minyak motor je. Saya bajet macam tu sebab saya naik motor. Kalau kereta tak tahu le. Ikut la jenis kenderaan apa korang pakai. Lepastu bajet lah pulak untuk duit makan korang. Kalau saya bajet kurang dari rm200 la. Mungkin rm150 gitu. Sebab rumah mak pak saya dekat je dengan rumah sewa. Dalam sejam setengah je perjalanan. So boleh la nak balik selalu tu. Tak de le nak keluar duit banyak dekat makanan sahaja. Tapi kalau tak selalu balik pon boleh je jimat-jimat.

Ok lepastu tu korang amik la 2 jumlah duit tu tadi dan simpan dalam 2 sampul. Kat sampul tu tulis la "duit minyak" dengan "duit makan". Pastikan betol le tulis tu. Jangan terbalik pulak.

Pastu boleh lah mula gunakan duit tu untuk bayar perbelanjaan 2 perkara tadi tu. Kita boleh gunakan duit tu sampai habis. Tpi sekadar tu je la. Kalau habis tak boleh dah nak belanja untuk benda lain lagi sampai la dapat elaun atau gaji baru.

Sistem ni bantu kita untuk elakkan terlebih berbelanja dan juga hindarkan kita daripada berhutang tak tentu pasal. Bila kita tahu berapa banyak duit kita tinggal, ini akan membuatkan kita lebih berhati-hati bila nak berbelanja.

Comments

  1. Thankyou sbb share tips tips ni. Harap harap dapat lah ikut tips niπŸ™„πŸ˜Š nanti share lah tips study pulakkπŸ™‚πŸ™‚

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5. Menyimpan perlu ada matlamat

3. Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin.

2. Mula belajar hidup secara ringkas