3. Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin.

Apa lagi kelebihan terbaik yang seorang pelajar boleh gunakan ? Dah tentu pelbagai diskaun dan tawaran khas untuk pelajar universiti.

Bila kita belajar ni, dekat tempat belajar kita boleh bagi banyak manfaat dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan jugak.

Kalau kita sakit, demam ke apa ke, kita tak payah lah susah-susah nak pergi klinik luar tu. Pergi je klinik kolej ni hah. Tak payah bayar pon kan. Tapi kalau sakit tu tak boleh nak dirawat  dekat klinik kolej baru lah pergi klinik swasta atau pergi hospital terus. Kalau korang tiba-tiba sakit kat asrama, panggil je exco kebajikan kat asrama korang tu. Nanti dia bagitau la felo atau penyelia untuk panggil van amik korang kat asrama dan bawak korang pergi klinik luar. Haa tu pon tak payah bayar kann.

Selain daripada klinik kat kolej ni, korang juga boleh gunakan elaun buku macam baucer buku 1Malaysia atau BB1M. Tapi sekarang ni tak guna dah baucer buku tu. Sekarang ni guna kad siswa je. Jadi tolonglah gunakan duit tu sebaik mungkin. Janganlah gunakan duit tu ke arah yang sia-sia. Kalau tak nanti korang yang sia-sia tau. Contoh macam guna duit tu untuk bayar duit buku ke, bayar untuk nak print assignment ke atau apa-apa je lah yang bawak faedah. Kalau ada duit lebih tu boleh lah simpan untuk masa hadapan. Kan kan ? Tapi, kalau rasa duit tu dah banyak sangat boleh lah guna duit tu pergi makan mcd kfc pizza domino burger king tu semua sampai kembung. Tapi kalau lepas tu korang tak ada duit jangan bising ea. Pandai-pandai lah nak hidup. 

Ada banyak lagi kelebihan sebagai seorang pelajar yang korang boleh gunakan untuk berjimat-cermat dan boleh menyimpan juga. Kalau ada simpanan duit kan senang. Tak ada lah nanti bila tak ada duit terkapai-kapai nak mintak tolong orang. Kan ? 

Ok baii adiossπŸ‘‹πŸ‘‹

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian yg amat baik. . Semoga kita semua dapat berjimat dalam pengurusan wang yang akan datang heheh

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5. Menyimpan perlu ada matlamat

2. Mula belajar hidup secara ringkas