4. Turutkan keperluan, bukan kemahuan.

Keperluan vs kemahuan.

Ada benda korang perlukan, dan ada benda pulak korang nak tapi kalau tak ada benda tu pon tak apa. Dan tak bermakna korang tak perlukan benda tu, korang tak boleh beli langsung.

Macam mana nak bezakan 2 benda ni ?
Keperluan adalah perbelanjaan yang korang wajib ada untuk teruskan kehidupan setiap hari. Boleh kata juga, ini adalah perbelanjaan berulang. Contoh perbelanjaan dalam kategori keperluan ialah rumah, pakaian dan makanan.

Kemahuan pulak, adalah perbelanjaan yang membantu menjadikan hidup korang lebih selesa dan sempurna. Iaitu benda-benda yang korang beli untuk puaskan hati. Korang boleh hidup macam biasa kalau benda tu tak ada tapi korang boleh nikmati hidup yang lebih baik kalau ada benda tu. Contohnya macam kereta mewah, jam tangan, hiburan dan sebagainya.

Sebagai seorang pelajar ni, kita mesti dan kita kena pandai untuk membezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kemahuan.

Jadinya, macam mana nak tahu benda tu adalah keperluan atau kemahuan ? Senang je sebenarnya nak bezakan. Kalau kita rasa sesuatu benda tu tak diperlukan dan  tak penting jadi benda tu adalah kemahuan. Ataupun kalau kita rasa benda tu hanyalah pembaziran kalau beli maknanya tu kemahuan atau nafsu.

Kemahuan manusia ni tak terbatas. Jadi sangat susah untuk dibendung. Tapi kalau kita boleh tahan nafsu kita tu daripada nak beli benda yang bukan-bukan atau benda yang tak penting, percayalah korang tak akan menyesal nanti tau. Contohnya macam nak beli air. Ada 2 pilihan air iaitu air mineral dengan air teh ais cincau. Air mineral tu harga dia Rm1 dan air teh ais cincau tu Rm3. 2jenis air tu boleh menghilangkan haus kita tapi yang mana satu lagi jimat kalau beli ? Mestilah air mineral kan ? Kita boleh je hidup tanpa air teh ais cincau tu. Tak mati pon kalau tak dapat minum. Ada ke dengar orang mati sebab tak dapat minum air teh ais cincau ? Tak ada kan. Jadi air teh ais cincau tu adalah kemahuan. Kalau minum sekali sekala nak basahkan tekak dengan air sedap-sedap tu boleh le. Tapi jangan le selalu nau. Pokai kang.

Lepastu pasal keperluan pulak. Keperluan seorang pelajar ni benda yang sama je. Macam buku, assignment dan lain-lain lagi. Kalau ada subjek yang memerlukan duit belanja yang banyak, kita kena lah keluarkan duit kat benda tu. Bukannya pakai duit tu pergi buat benda lagha lepastu bila orang mintak duit cakap tak ada. Lepastu kalau ada program ke apa yang memerlukan duit sikit pon cakap tak ada duit. Ada je alasan nak bagi. Korang kalau nak belajar tu jangan nak bagi banyak sangat alasan. Jangan nak kedekut nau nak keluarkan duit untuk ilmu. Kalau mintak duit buku tu tak payah banyak cekadak. Kalau ajak pergi Mcd tak banyak alasan pulak. Buku dengan Mcd, mana satu keperluan ? Buku kan. Jadi utamakan buku lah. Bukan utamakan Mcd tu.

Jadi bila kita dah dapat bezakan mana saru keperluan dan kemahuan, boleh lah kita uruskan duit kita tu dengan baik dan terurus. 😉😉

Sekian. Ok bai 👋👋

Comments

  1. Ya, saya setuju. duit untuk ilmu lagi penting berbanding benda benda hiburan ni. tapi kalau kita pandai bahagikan duit tu untuk kedua duanya pon bagus bukannya pentingkan benda lain selain ilmu 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5. Menyimpan perlu ada matlamat

3. Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin.

2. Mula belajar hidup secara ringkas